Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 12, 2010

Cara tangani masalah kewangan keluarga

Sekiranya anda dan pasangan sering bertelingkah apabila bercerita tentang wang dan perbelanjaan rumah, jangan hanya mendiamkan diri. Segeralah bertindak. Suarakan pendapat anda dan ajak pasangan berbincang dengan cara yang baik. Ketahuilah bahawa kegagalan
anda mengajak pasangan berbincang tentang masalah kewangan mungkin mengheret anda berdua kepada masalah yang lebih buruk seperti keretakan rumah tangga. Oleh yang demikian,
sebelum keadaan menjadi kronik, lakukan yang sepatutnya. Bersama-sama ini ada beberapa langkah yang perlu anda dilakukan:

1. Anda mestilah berani bertanya kepada pasangan tentang rutin perbelanjaannya. Berapakah gajinya, apakah yang dibayar setiap bulan dan adakah dia membuat simpanan?


2. Bacalah buku-buku yang ada kaitan dengan pengurusan wang. Selain buku, anda boleh juga merujuk kepada individu-individu yang mahir tentang kewangan agar anda dapat memperbaiki
cara anda dan pasangan mentadbir pendapatan.


3. Ajak pasangan berbincang tentang perancangan masa hadapan. Cari cara terbaik untuk memastikan anda berdua mampu menghadapi alam persaraan dengan tenang tanpa sebarang masalah kewangan.


4. Anda berdua juga disarankan
agar sentiasa mencari jalan untuk menambahkan pendapatan keluarga. Pada masa yang sama, cari juga cara untuk berjimat tetapi bukan yang menyusahkan.


5. Pastikan anda dan pasangan tidak lupa untuk menyediakan tabungan khas kecemasan. Wang tersebut hanya boleh digunakan jika berlaku sebarang kecemasan seperti kereta rosak dan
sakit. Walau bagaimanapun, pastikan wang tersebut diganti semula selepas digunakan.


6. Dalam urusan kewangan keluarga, anda dan pasangan haruslah saling bekerjasama dan bukan hanya mengharap sebelah pihak sahaja. Masing-masing perlu ada peranannya sendiri.


7. Pastikan anda dan pasangan membuat mesyuarat kewangan setiap bulan.



nak ebih tau check web ni

V

vv

V

vv

http://www.majalahpama.com.my

No comments:

Post a Comment